KATA ALU - ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG SMK PUTRAJAYA PRESINT 14 (1)
PROF. DATUK DR. MOHD ZAMRI BIN YUSOFF
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya majalah ‘Inspirasi’ tahun 2018 ini dapat diterbitkan dengan jayanya. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata buat semua warga SMK Putrajaya Presint 14(1).
Kemunculan majalah ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah. Naskhah bersejarah ini menggambarkan wajah SMK Putrajaya Presint 14(1) sepanjang tahun 2018. Di samping itu, naskhah ini merupakan satu lapangan atau landasan buat para pelajar memaparkan idea-idea bernas dan menarik. Satu kenyataan yang jelas terpapar adalah semangat kerjasama dan komitmen warga sekolah yang dipertontonkan bagi mencerminkan gambaran menyeluruh aktiviti dan kejayaan SMK Putrajaya Presint 14(1) sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang sudah masuk ke gelombang ke-2 ini. Saya amat berharap agar segala visi, misi dan aspirasi sekolah seiring dengan aspirasi negara.
Hal ini memerlukan pautan yang jitu antara peranan guru dan tanggungjawab seorang murid bagi menyusuri arus perubahan yang melanda dunia pendidikan negara kita ini. Dalam melahirkan modal insan kelas pertama yang kreatif dan inovatif, semua pihak termasuk ibu bapa dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah sangat memainkan peranan dalam menjayakan sarana sekolah.
Akhir kata, ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada sidang redaksi majalah sekolah tahun 2018 kerana berjaya melakarkan kenangan yang amat besar ertinya kepada seluruh warga sekolah.
Sekian, terima kasih.
(PROF. DATUK DR. MOHD ZAMRI BIN YUSOFF)