KATA ALU - ALUAN
PENGETUA SMK PUTRAJAYA PRESINT 14 (1)
TUAN RUSLAN BIN ABD RAHMAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sehati sejiwa.
Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah Inspirasi kali ke-10 bagi tahun 2018 atas kejayaan menerbitkan majalah sekolah yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini.
Majalah sekolah ialah naskhah yang memaparkan kegiatan pendidikan dan pencapaian pembelajaran yang terkini. Bagi warga sekolah, butiran dan gambar yang dimuatkan bakal menjadi kenangan indah zaman persekolahan. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir, tetapi sebagai dokumentasi yang bersifat rasmi, majalah sekolah akan terus relevan sampai bila-bila.
Sebagaimana hasrat kerajaan untuk mentransformasikan negara ke arah sebuah negara maju, sekolah merupakan pentas utama untuk merealisasikan hasrat tesebut. Justeru, sekolah sentiasa seiring dengan dasar dan hasrat Kementerian Pendidikan agar pelajar yang dihasilkan ialah generasi yang berketerampilan dan mempunyai modal insan yang mampu memajukan negara.
Saya juga amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan komuniti setempat atas pelbagai usaha dan inisiatif yang dilakukan untuk membantu program dan pembangunan sekolah. Pihak sekolah tidak akan dapat menjayakan transformasi ini tanpa bantuan segenap pihak. Justeru, demi warga SMK Putrajaya Presint 14(1) marilah kita berganding bahu mencipta kegemilangan dengan menjadikan budaya cinta akan ilmu pengetahuan dan menjana kemenjadian pelajar-pelajar sebagai agenda utama.
Sekali lagi, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada jawatankuasa majalah dan Sidang Redaksi tahun 2018. Kepada pembaca majalah ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga.
Sekian, terima kasih.
(TUAN RUSLAN BIN ABD RAHMAN)
PENGETUA SMK PUTRAJAYA PRESINT 14(1)