KATA ALU - ALUAN
KETUA EDITOR MAJALAH INSPIRASI
SITI MAISARAH BINTI MD ZON
Assalamualaikum W.B.T dan Salam 14 Unggul,
Alhamdulillah, syukur saya ucapkan ke hadrat Ilahi dan syabas kepada Sidang Redaksi kerana telah berjaya menyiapkan e-Majalah Inspirasi untuk tatapan warga SMK Putrajaya Presint 14(1).
Pertama sekali, saya amat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengetuai kelab Sidang Redaksi tahun 2018. Saya juga berbesar hati kerana berkesempatan menyelitkan sepatah dua kata dalam e-Majalah Inspirasi. Oleh hal yang demikian, peluang ini saya titipkan tanda terima kasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli Sidang Redaksi yang tidak jemu serta saling membantu dalam menyempurnakan tugas. Kerjasama yang tiada berbelah- bahagi telah membuahkan hasil yang bernilai buat diri saya sendiri iaitu e-Majalah Inspirasi.Terima kasih diucapkan kepada pengetua tersayang, Encik Ruslan B. Abdul Rahman yang sentiasa memberi sokongan yang konsisten terhadap Kelab Sidang Redaksi. Tidak lupa juga, guru pembimbing Sidang Redaksi iaitu Puan Noraini Abu Othman dan Puan Nor Aishah Jaafar yang turut bersungguh-sungguh dalam menjayakan e-Majalah Inspirasi bagi tahun 2018.
Bagi saya, e-Majalah Inspirasi merupakan salah satu medium di mana warga sekolah boleh mengenali SMKPP 14 (1) dengan lebih mendalam. Selain daripada gambar-gambar yang berkualiti, pelbagai informasi menarik yang diselitkan dalam e-Majalah Inspirasi termasuklah biodata atlit sekolah., album kelas serta aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2018. Selain itu, pelajar-pelajar juga boleh menonjolkan bakat dalam bidang seni dan penulisan pelbagai bahasa dalam kategori karya pelajar.
Akhir kata, saya berharap e-Majalah Inspirasi terus menjadi perhatian dan menjadi perkara yang ditunggu-tunggu oleh warga 14 (1) setiap tahun. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat secara sengaja atau tidak sengaja dalam pembikinan e-Majalah Inspirasi. Terima kasih juga diucapkan kepada semua warga SMK Putrajaya Presint 14 (1) kerana menjadikan tahun-tahun persekolahan dan tahun terakhir saya sebagai memori yang tidak boleh dilupakan dan berharga. Saya mewakili kelab Sidang Redaksi memohon maaf sekiranya wujud kekurangan dalam e-Majalah Inspirasi tahun 2018. Kelab Sidang Redaksi akan dirindui.
MAJULAH SIDANG REDAKSI !
Sekian, Terima Kasih Daun Keladi, Ada Rezeki Jumpa Lagi
(SITI MAISARAH BT MD ZON)
KETUA EDITOR SIDANG REDAKSI 2018