KATA ALU - ALUAN
MANTAN PENGARAH PENDIDIKAN JPWPP
PUAN HAJJAH ROAINI BINTI JAAFAR
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya majalah Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1) telah dapat diterbitkan dengan jayanya. Terima kasih diucapkan kerana memberi peluang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata sebagai satu cetusan paradigma buat semua warga sekolah.
Kemunculan majalah ini amat dinanti-nantikan oleh seluruh warga sekolah. Naskhah bersejarah ini menggambarkan wajah SMK Putrajaya Presint 14 (1) sepanjang tahun 2018. Di samping itu, naskhah ini merupakan satu lapangan atau landasan buat para pelajar memaparkan idea-idea bernas dan menarik. Satu kenyataan yang jelas terpapar adalah semangat kerjasama dan komitmen warga sekolah yang dipertontonkan bagi mencerminkan gambaran menyeluruh tentang aktiviti dan kejayaan warga sekolah.
Dalam hal ini, saya menyeru agar barisan pendidik dan pelajar setiasa berusaha memacu sekolah menjana kecemerlangan sepanjang masa. Sejajar dengan alaf baru, penerbitan e-majalah ini amatlah dibanggakan. Saya mengharapkan dan berdoa kepada Allah SWT agar segala perancangan dan pelaksanaan dapat direalisasikan. Kita harus menyedari bahawa teras kejayaan sekolah adalah komitmen dan pengurusan yang efisien. Pencapaian serta kejayaan yang telah diperoleh tidak mungkin direalisasikan tanpa usaha padu semua pihak yang tidak pernah mengenal erti jemu dalam melaksanakannya.
Akhir kata, saya berharap semoga usaha murni penerbitan e-majalah ini mampu direalisasikan hasrat meningkatkan pendidikan negara.
Selamat Maju Jaya
(PN HAJJAH ROAINI BINTI JAAFAR)