KATA ALU - ALUAN
KETUA PELAJAR SMK PUTRAJAYA PRESINT 14 (1)
NADHRATUL NAIM BINTI SOHPIAN
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullah dan salam 14 unggul!
Terlebih dahulu saya ingin melafazkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, E-Majalah Inspirasi buat julung-julung kalinya disusun dan diterbitkan. Jutaan terima kasih kepada pihak sekolah dan Sidang Redaksi kerana menyediakan sedikit ruang untuk saya menyampaikan sepatah dua kata.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada pihak sekolah yang bertungkus-lumus menjaga kebajikan warga SMKPP 14 (1) sepanjang tahun ini. Tidak lupa juga, jasa dan pengorbanan guru- guru SMKPP 14 (1) yang sentiasa menabur bakti demi anak didik yang disayangi. Saya juga ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Sidang Redaksi kerana berjaya menerbitkan e-majalah ini buat kali pertama.
Kepada pelajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3, saya menitipkan ucapan syabas kerana telah melalui satu peperiksaan yang besar dan penting dalam mencorakkan masa hadapan. Anda telah berjaya melalui satu lagi detik debar dalam kehidupan. Kepada pelajar dari tingkatan lain, teruskan berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam pelbagai bidang yang diceburi. Kepada semua warga SMKPP 14 (1), baik yang telah meninggalkan alma mater ini ataupun yang masih berjuang, kita sentiasa menjadi satu keluarga iaitu Keluarga SMKPP 14 (1).
Sesungguhnya, dalam menyusun blok-blok kehidupan yang penuh cabaran, sentiasa diingatkan agar memperkasakan dada dengan ilmu pengetahuan, memperteguhkan diri dengan nilai dan mememenuhi rohani dengan akhlak. Jangan tunduk dan berserah kepada fatamorgana dan arus globalisasi yang penuh cabaran ini.
Akhir kata, manfaatkanlah masa dengan sebaik-baiknya dan penuhilah diri dengan bekalan ke akhirat. Dipetik dari pepatah Arab berbunyi “masa ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya, maka ianya akan memotong kita”. Ditegaskan, janganlah kita menjadi golongan orang-orang yang rugi seperti yang digambarkan dalam Surah Al-Asr dan manfaatkanlah masa dengan sewajarnya. Insya-Allah kejayaan itu milik kita semua.
Sekian, terima kasih.
(NADHRATUL NAIM BINTI SOHPIAN)